Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut sumber lapangan terbang Kaherah pada hari ini, Duta Israel ke Mesir, sekeluarga dan kakitangannya tiba di lapangan terbang untuk menaiki pesawat keluar dari negara tersebut, setelah penunjuk perasaan cuba menyerbu masuk ke kompleks kedutaan.Sumber menyatakan duta bersama keluarga dan kakitangannya tampil di lapangan terbang dengan kawalan ketat dan menunggu pesawat di bahagian VIP. Puluhan warga Israel juga tiba untuk keluar dari Mesir.Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyeru Setiausaha Pertahanan Amerika Leon Panetta pagi ini dan mendesak bantuan Washington untuk mempertahankan kedutaan Israel di Kaherah.Penunjuk perasaan menyerbu kedutaan tersebut pada hari Jumaat dan memusnahkan sebahagian tembok kompleksnya. Tindakan ini dibalas anggota polis dengan gas pemedih mata untuk membubarkan demonstrasi.Seorang dilaporkan maut kerana sesak nafas setelah menghidu gas pemedih mata, manakala 450 penunjuk perasaan cedera.Penunjuk perasaan dikatakan mengoyak bendera Israel di kedutaan sambil disambut sorakan ribuan warga Mesir di tempat kejadian.
9 September 2011 - 19:30
News ID: 264764
Duta Israel ke Mesir menaiki pesawat keluar dari Kaherah, beberapa jam sebelum penunjuk perasaan menyerbu Kedutaannya.